NADI Care-Studio Sihat-Workout Selamat Untuk BMI Tinggi & Masalah Lutut
26 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Care Studio Sihat iaitu Workout Selamat Untuk BMI Tinggi dan Masalah Lutut.
Objektifnya adalah untuk mengalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman yang selamat, khususnya bagi individu dengan BMI tinggi dan masalah sendi.
Program ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pergerakan senaman berimpak rendah (low impact) yang boleh dilakukan dalam keadaan duduk, bagi mengurangkan tekanan pada sendi sambil meningkatkan kecergasan fizikal. Pengisian turut merangkumi teknik pergerakan yang betul, kawalan pernafasan, serta langkah keselamatan semasa bersenam. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, meningkatkan tahap kecergasan secara selamat serta membina keyakinan untuk kekal aktif dan sihat tanpa risiko kecederaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: